• Home
  • Parenting
  • Education
  • Lifestyle
    • Family
    • Agama
    • Resepi
    • Hobi
  • Young Living
  • Public Gold
  • Tips Bisnes
  • Review
  • Contact Me
facebook instagram tik tok youtube twitter

Maesarah Mar dot com

 Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan, tetapi bagi wanita yang bekerja, cabaran berpuasa sambil menjalankan tugas harian boleh menjadi agak mencabar. Dengan jadual kerja yang padat, tenaga yang berkurangan dan keperluan untuk menjaga keluarga, wanita perlu bijak mengurus diri agar kekal cergas sepanjang bulan yang mulia ini. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu wanita bekerja kekal bertenaga dan produktif sepanjang Ramadan.






1. Mulakan dengan Sahur yang Berkhasiat

Sahur adalah kunci utama untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Pilih makanan yang kaya dengan protein, serat, dan lemak sihat seperti oat, telur, susu, kurma, dan buah-buahan. Elakkan makanan yang tinggi gula dan garam kerana ia boleh menyebabkan keletihan dan dehidrasi.


2. Kekalkan Pengambilan Air yang Cukup

Dehidrasi boleh menyebabkan keletihan dan kurang fokus. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air antara waktu berbuka hingga sahur. Anda boleh menggunakan kaedah 2-4-2: 2 gelas semasa berbuka, 4 gelas selepas solat Tarawih, dan 2 gelas lagi semasa sahur.


3. Atur Jadual Kerja dengan Bijak

Gunakan waktu pagi untuk menyelesaikan tugasan yang memerlukan lebih tenaga dan fokus. Jika boleh, elakkan mesyuarat atau kerja berat pada waktu petang apabila tenaga mula menurun.


4. Ambil Rehat Seketika

Luangkan masa 5-10 minit untuk berehat dan meregangkan badan di tempat kerja. Berjalan sebentar atau melakukan senaman ringan boleh membantu mengurangkan keletihan dan meningkatkan fokus.


5. Makan Secara Sederhana Ketika Berbuka


Jangan terus mengambil makanan berat ketika berbuka. Mulakan dengan kurma dan air, kemudian makan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan perut terasa terlalu penuh, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan lesu.


6. Pastikan Tidur yang Cukup

Tidur yang mencukupi amat penting bagi memastikan tubuh dapat berehat dan pulih. Cuba tidur awal dan manfaatkan waktu siang dengan tidur sekejap (power nap) selama 15-20 minit jika diperlukan.


7. Teruskan Aktiviti Fizikal Ringan

Walaupun berpuasa, lakukan senaman ringan seperti berjalan atau regangan badan. Aktiviti ini membantu mengekalkan kecergasan dan mengelakkan tubuh menjadi lemah.


8. Amalkan Pemakanan Seimbang

Pastikan diet anda mengandungi karbohidrat kompleks, protein, lemak sihat, serta buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini membantu mengekalkan tahap tenaga yang stabil sepanjang hari.


9. Jaga Kesihatan Mental dan Emosi

Tekanan kerja ditambah dengan keletihan boleh mempengaruhi emosi. Luangkan masa untuk beribadah, berzikir, dan berehat dengan aktiviti yang menenangkan seperti membaca al-Quran atau mendengar muzik yang menenangkan.


10. Sediakan Perancangan Awal untuk Urusan Rumah

Untuk mengurangkan beban kerja rumah, rancang menu berbuka dan sahur lebih awal. Anda juga boleh memasak dalam kuantiti yang lebih banyak dan menyimpannya dalam peti sejuk untuk memudahkan penyediaan makanan.


Dengan mengamalkan tips ini, wanita yang bekerja dapat menjalani Ramadan dengan lebih bertenaga, produktif, dan penuh keberkatan. Semoga Ramadan kali ini membawa lebih banyak kebaikan dan kesihatan untuk kita semua! Ramadan Mubarak!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments



 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pantai antara tempat pilihan kami sekeluarga untuk kembali menyegarkan diri dan tempat untuk healing secara fizikal buat kami sekeluarga.

Suami mencadangkan untuk ke Tenang Beach Resort , iaitu tempat yang diusahakan oleh kenalan suami.
Alhamdulillah, tempatnya tenang setenang nama pilihan yang telah owner berikan.



Sebenarnya hujung minggu sebelum itu, kami sudah mengikuti aktiviti perkhemahan unit uniform yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Tapi kerana kesibukan dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun, mana mungkin untuk adakan masa untuk diri sendiri . 

Sekadar untuk memudahkan pengurusan anak-anak, jadi kami juga buka khemah. so selesai bab jagaan anak. Mama dapat bekerja dengan gembira sebab anak ada di sisi.


Chalet 
Suami telefon pemilik chalet iaitu Abe Lie untuk dapatkan info lanjut tentang bilik dan juga kekosongan untuk hari Khamis 14 September 2023 . 
Lepas sekolah, bersiap-siap dan terus bertolak ke sana, tetapi jalan raya sedikit sibuk kerana kenderaan banyak pada hari tersebut, maklumlah hari ahad cuti berganti bagi negeri Kelantan sempena Hari Malaysia yang jatuh pada hari Sabtu.

Untuk makluman semua, terdapat 5 Chalet yang disediakan. Uniknya setiap chalet mempunyai warna yang berbeza.

Comel je kan size chalet yang ada kan?

 

Katil yang ada dalam chalet kami
Katil yang ada dalam chalet kami. 


Satu katil Size Queen dan juga 1 katil single. Ada 1 side table dan juga  air cond. Disediakan juga kipas dinding , penyangkut tuala dan juga sejadah disediakan. Tandas pun okay, lupa nak ambil gambar sebab banyak di videokan untuk youtube channel, nanti dah ada link, saya update kat sini. 

Tapi memang kami bawa toto 1 bidang. kalau nak best, sewa 2 bilik chalet untuk keselesaan. 

Untuk makluman pembaca, terdapat kedai makan berhampiran dengan chalet, so takde masalah untuk beli makanan. Boleh juga keluar ke Tok Bali untuk menikmati pelbagai pilihan kedai makan yang ada di sekitar Tok Bali. 

Rupanya setiap khamis ada Pasar Malam di Tok Bali, pelbagai pilihan kedai dan ramai kunjungan yang memeriahkan dan merancakkan ekonomi di tempat tersebut. 

Terasa lamanya tak berkunjung ke Tok Bali. 


Jom cuci mata dengan pemandangan yang ada. Subhanallah. 







pemandangan dari sliding door bilik chalet. ada buai 

Kuala. banyak siput dalam ni. 


Suasana Senja. Matahari terbenam. Model memakai baju by Asyiq Muslim




Siput



Panaroma 

Matahari Terbit yang memukau pandangan mata . 

Suasana Sunrise


Matahari dah mula muncul 



banyak ketam nipah kat sini, tak dapat nak ambil gambar, demo tu pemalu, laju sangat bergerak. 



Ada beberapa wakaf disediakan dan juga tempat BBQ untuk yang datang berkelah. ada bayaran yang dikenakan.





Suami mengail di sebelah chalet. Dapatlah ikan sekor


Kutip sebab kononnya nak buat aktiviti dengan Amierah. 





Alhamdulillah seronok dan puashati kat sini. Anak anak pesan jangan bagitau orang lain lokasi pantai ni. 😁😂

Kami memang ambil peluang mandi pantai dengan sepenuh hati, jiwa dan raga. tanpa ada rasa segan dan silu sebab pagi jumaat tu memang pantai itu jadi kami yang punya. takde pengunjung lain.

Feeling-feeling private beach. hahah. bila lagikan nak mimpi di siang hari?

Owner bagitau, biasanya petang Jumaat baru ramai pengunjung. So tepatlah waktu kami datang Check In petang  Khamis-Jumaat tengahari Check out. 



Insya Allah plan nak repeat lagi dengan persiapan lebih proper dan kita datang ber BBQ kat sini. Oh ya, kat sini juga boleh camping. bestkan? 




Klik Maps untuk maklumat lanjut :  Tenang Beach Resort




Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Assalamualaikum


Teka teki senarai ahli kabinet Kerajaan Perpaduan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri Dato' Seri Haji Anwar bin Ibrahim akhirnya terjawab.

klik link di bawah untuk donwload senarai lengkap Kabinet Malaysia.

SENARAI KABINET MALAYSIA





SENARAI PENUH KABINET KERAJAAN PERPADUAN MALAYSIA


1. DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM - PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

2. AHMAD ZAHID HAMIDI  - TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH 

3. FADILLAH BIN YUSOF - TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI 

4. LOKE SIEW FOOK - MENTERI PENGANGKUTAN

5. MOHAMAD BIN SABU - MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN 

6. MOHD RAFIZI BIN RAMLI - MENTERI EKONOMI 

7. NGA KOR MING -MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN 

8. MOHAMAD BIN HAJI HASAN - MENTERI PERTAHANAN 

9. ALEXANDER NANTA LINGGI - MENTERI KERJA RAYA

 10. SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL - MENTERI DALAM NEGERI 

11. TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ - MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI 

12. MOHAMED KHALED BIN NORDIN -  MENTERI PENDIDIKAN TINGGI 

13. CHANG LIH KANG - MENTERI SAINS DAN TEKNOLOGI 

14. NANCY BINTI SHUKRI  - MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT 

15. SALAHUDDIN BIN AYUB  - MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP 

16. AZALINA BINTI OTHMAN - MENTERI UNDANGUNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI

 17. NIK NAZMI BIN NIK AHMAD  -MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM 

18. EWON BENEDICK - MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

 19. ZAMBRY BIN ABD KADIR - MENTERI LUAR NEGERI 

20. TIONG KING SING - MENTERI PELANCONGAN

 21. AHMAD FAHMI BIN MOHAMED FADZIL - MENTERI KOMUNIKASI DIGITAL 

22. FADHLINA BINTI SIDEK - MENTERI PENDIDIKAN 

23. AGO ANAK DAGANG  - MENTERI PERPADUAN NEGARA

 24. MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR  - MENTERI AGAMA 

25. YEOH TSEOW SUAN - MENTERI BELIA DAN SUKAN

26. SIVAKUMAR A/L VARATHARAJU NAIDU - MENTERI SUMBER MANUSIA 

27. ZALIHA BINTI MUSTAFA - MENTERI KESIHATAN 

28. ARMIZAN BIN MOHD ALI - MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (SABAH DAN SARAWAK)






Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Bismillahirrahmanirrahim


Saya nak kongsikan 2 gajet yang sangat mempermudahkan urusan harian saya dan jimat masa saya malah saya sarankan pada setiap keluarga jika berkemampuan untuk dapatkan gajet yang sangat membantu dalam urusan seharian, terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja.


1. Iron Phillip Amway Perfect Care. Tapi gambar kat bawah saya kongsikan model terbaru. ada option sama ada buat bayaran ansuran 4 kali atau bayar penuh.
Saya guna model yang sebelum ini, rasanya dah masuk tahun ke 4 saya menjadi pengguna Iron Phillip Amway. Sangat berpuashati sebab menjimatkan masa.
Kelebihan Iron Phillip Amway yang wajib tahu:

1. Menggunakan teknologi Optimal Temp Tidak perlu susah-susah nak laras suhu
2. Semua untuk jenis pakaian
3. tidak terbakar, jaminan diakui
4.Smart Calc-Clean
5.Ada kunci keselamatan supaya mudah di bawa ke sana ke sini
6.Tapak steam glide Plus yang tahan calar
7.Terbaru dan paling best sebab tangki air yang boleh ditanggalkan dan mudah dicuci tangkinya.

Berbeza dengan yang saya guna sekarang ni. Kalau ikutkan hati macam nak jual je yang lama dan ambil model baru ni. Kalau ada yang berminat boleh wasap saya ya : 0139561249 .


2. Periuk Noxxa

Gajet kedua yang sering saya guna terutamanya bila nak buat nasi Arab Mandy, ayam bakar dan juga Sup Tulang, serta daging goreng kunyit. wajib saya guna Periuk Noxxa.
Jimatkan masa dan daging lembut yakmat. Alhamdulillah.







Nak ceritanya, saya beli 2 gajet ni tapi tak dapat hidayah pun utk jadi ahli,
Tapi start 3hb Nov Saya officially ABO Amway.

Anak saya dah lama suruh jadi ahli amway sebab dia pengguna sabun amway. Tapi saya buat dek je.

Tiba tiba hati terbuka, akhirnya daftar amway juga.
Ahli Amway ni ada 2 jenis

1. Amway Business Owner (ABO)
2. Amway Privileged Customer (APC) /VIP customer

Bi iznillah, saya terus mendaftar sebagai Amway Business Owner, alang-alang jadi pengguna, why not saya juga jana pendapatan dan bina team bisnes dengan Amway, sama-sama membantu team saya nanti.

Rupanya Amway ni dah lama di Malaysia, dan banyak produk. Nanti saya kongsikan cerita dan sejarah Amway ya.

Tak lambat tak cepat, kalau lepas ni nampak saya duk share dan banyak posting tentang Amway tu kat sini jadikan asbab untuk aktifkan balik blog, it's okay kan?

Siapa yang berminat dan nak tahu lebih lanjut tentang produk Amway, boleh hubungi saya tau.

boleh email atau wasap saya KLIK WASAP SINI


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Memasuki tahun keenam penganjuran Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s, bagi tahun 2022 pihak McDonald’s Malaysia menerima 5600 pencalonan dari seluruh Malaysia mulai 10 Mac hingga 2 April 2022. Daripada keseluruhan pencalonan yang diterima, 25 pemenang telah dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara.



Bukan mudah untuk membuat pemilihan, namun menurut Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia pemilihan dilakukan mengikut kriteria yang telah ditetapkan dan pencapaian luar biasa yang guru tersebut  kepada anak murid dan masyarakat sekitar dan melebihi tugas-tugas hakiki yang ditetapkan. Mereka dipilih oleh para juri yang di Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak media yang terpilih dan perwakilan McDonald’s. 





“McDonald’s memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ”luar biasa” yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan. Setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri. Kami telah melihat peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu. Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda  komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik murid-murid secara menyeluruh,” kata Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.



Kriteria pemilihan yang dibuat dalam mengenal pasti guru-guru tersebut adalah berdasarkan kepada impak dalam peningkatan prestasi pelajaran murid, idea-idea pengajaran dan pembelajaran yang inovatif “out of the box” bagi menarik minat dan membantu meningkatkan pencapaian murid-murid. Malah kesannya terlihat bagaimana guru-guru tersebut melakukannya dari lubuk hati mereka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru melebihi tugas hakiki tersebut. 



Penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 14hb Mei 2022. Tahniah diucapkan kepada 25 penerima  Anugerah Guru Inspirasi McDonald 2022.




YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan yang merupakan tetamu kehormat majlis, telah menyampaikan anugerah ini kepada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 , sijil anugerah dan juga sebuah trofi. Manakala pencalon yang mencalonkan guru tersebut menerima baucar RM200 dari McDonald’s Malaysia sebagai tanda penghargaan. 



Senarai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022



  1. Encik Chan Chin Ho

  2. Mdm Tan Wei Kuan

  3. Puan Siti Ainulmursyida binti Shamsudin

  4. Encik Muhammad Suffi bin Yusof

  5. Encik Mohammad Noor Azlan bin Idris

  6. Encik Tiew Feilix

  7. Puan Nur Afizan binti Mohd Zainon

  8. Encik Awang Mohammad bin Awang Yahya

  9. Encik Norhailmi bin Abdul Mutalib

  10. Encik Rohaidee bin Mustafa

  11. Puan Angela binti Joseph

  12. Encik Noreriffin Bin Norazaman

  13. Puan Jasleen binti Mohamed Razali

  14. Encik Ishak bin Hassan

  15. Encik Lerry David

  16. Encik Hafizi Fazli bin Bakar

  17. Encik Mohana Ram a/l Murugiah

  18. Encik HJ Khairu Rasid bin Mohamad

  19. Encik Zulbaseri bin Husain

  20. Encik Maheswaran a/l Muniandy

  21. Encik Huzaire bin Haji Ahmad

  22. Encik Kelimin anak Lidam

  23. Mohamad Zain bin Md Sevan

  24. Puan Aznida binti Abdul Aziz

  25. Puan Siti Rahimah binti Hamat @ Mamat


Sambutan Hari Guru oleh McDonald’s Malaysia


Selain itu, semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini. Kru restoran McDonald’s bakal meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi.


McDonald’s Malaysia juga akan mengagihkan baucar hidangan percuma kepada guru di seluruh negara sebagai tanda penghargaan buat sumbangan mereka kepada masyarakat. Baucar tersebut akan diedarkan kepada 500,000 guru yang bertugas di sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan. Baucar hidangan percuma ini boleh ditebus di mana-mana restoran McDonald's berdekatan sekarang hingga 30 Jun 2022.





Kisah Kebajikan  Cikgu Siti Rahimah Binti Hamat 


Saya tertarik dengan kisah Cikgu Siti Rahimah Binti Hamat @ Mamat yang merupakan Pensyarah di  Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. 

Sebelum itu beliau merupakan guru di sekolah menengah di Kuala Terengganu. 

Cikgu Siti Rahimah sangat aktif menjalankan aktiviti dan program kemanusiaan tidak kira  di dalam atau luar sekolah dengan niat membantu masyarakat dan komuniti . 


Beliau terkenal dengan sikap prihatin terhadap kebajikan anak murid beliau. Usaha beliau yang bersungguh-sungguh mengumpul dana bagi membolehkan anak murid beliau yang terpaksa berhenti atas faktor kekangan kewangan terus menyambung pembelajaran dan tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk menuntut ilmu. 


Beliau juga sangat aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti kawad kaki, bola jaring, dan banyak lagi aktiviti yang lain. Beliau merupakan guru yang tidak kenal erti putus asa dan sentiasa tersenyum walau apa jua rintangan yang dilalui. 


Tahniah Cikgu Rahimah. Cerita beliau menjadi sumber inspirasi buat saya sebagai contoh tauladan yang boleh diikuti oleh kami para guru. Begitu juga penerima anugerah yang lain. 


Kisah-kisah guru yang dicalonkan oleh rakyat Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun ini boleh diikuti pada pautan berikut:

https://www.anugerahguruinspirasimcd.com/bm/view_nominate.


Sambutan Hari Guru oleh McDonald’s Malaysia


Selain itu, semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini. Kru restoran McDonald’s bakal meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi.



Latarbelakang McDonald's 

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan melebihi 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 15,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan kerjaya, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my. 


Tahniah diucapkan kepada McDonald’s Malaysia di atas penganjuran Anugerah ini. 





Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Assalamualaikum.


Entry ni sepatutnya dah lama Sarah kongsikan di sini tetapi begitulah bila mood untuk menulis hilang terus di lautan dalam, beginilah akibatnya.

Setelah berlama-lamaan kita dikurung akibat wabak pandemic, banyak masa terisi dengan aktivti online dan di dalam rumah sahaja. Maka terjebaklah Sarah dalam group Family Camping Malaysia yang mana mampu menarik minat Sarah untuk turut serta dalam demam Camping. Banyak ilmu dan pengalaman dikongsi oleh ahli-ahli group. Meriah betul camping mereka, bukan style zaman dulu. mostly camping kayangan la. 

Namun, walau hati meronta-ronta nak camping, barang camping memang zero, berdikit dikitlah membeli  dimulakan dengan khemah yang mampu milik hasil perkongsian testimoni sahabat dalam group Kelantan Camping. 

Sarah beli khemah "Auto Tent" berharga RM89.90 di Shopee. memang ikutkan keinginan nak beli khemah Unta atau Khemah yang lain, tapi risau takut membazir. So kita beli yang biasa-biasa aje, bila tahu anak-anak berminat untuk berkhemah dan dijadikan aktiviti utama kami sekeluarga, kita upgrade pada khemah yang bersesuaian. 

Khemah Auto Tent yang kami guna. 



Di sebabkan semangat yang membuak-buak, kami memilih  D'Aur Beach Resort di Bachok sebagai tempat perkhemahan pertama kami. 
Kami bertolak dari Kuala Krai jam 3 petang dan sampai ke D'Aur jam 5.30 petang. Walk in je kat sana, plannya kalau tak boleh camping, kami just buat day camping aje sampai jam 10 malam. Cuak juga di hati kami, maklumlah musim hujan. 

Persediaan asas yang kami sediakan untuk kali pertama berkhemah :

  1. Khemah Auto Tent 2 (masa ni belum beli flysheet dan groundsheet lagi) 
  2. portable Gas Stove
  3. Toto 
  4. Selimut
  5. Bantal
  6. kerusi lipat di beli kat Happy Home harganya RM 19.90 sebiji
  7. Periuk nasi bawa mana yang ada
  8. BBQ Grill 
  9. Beras
  10. Minyak
  11. Ayam yang dah sedia diperap
  12. Cawan
  13. Lampu 
  14. alat-alat mandian


Kemudahan Yang Disediakan Di D'Aur Beach Resort 

Cas bayaran yang dikenakan hanyalah bayaran Parking kereta RM5 dan bayaran tapak khemah di kira perkepala RM3 untuk remaja dan dewasa. 
Naufal dan Amierah tak dikira.

Tapak Khemah 
Memandang ramai pengunjung pada petang tersebut, kami pilih tempat paling hujung untuk pacak khemah kami. Ada tersedia khemah kanopi, kalau ikutkan sewa RM20 untuk digunakan tapi disebabkan penjaga baik hati, dia pesan untuk kami gunakan aje jika turun hujan lebat.

Disebabkan masa yang singkat, tak sempat nak buat tinjauan kat tapak yang lain. 


Sampai je pasang khemah dan terus bakar ayam untuk makan malam. Kebetulan kami berkenalan dengan satu family yang pacak khemah juga. Mereka punyai pengalaman yang banyak. terima kasih kongsi sedikit tips dan pengalaman, cuma mereka tidak bermalam. 





Tandas yang disediakan juga dalam keadaan baik cuma jauh dari tapak khemah kami. malah tiada plug point untuk disediakan ditempat kami berkhemah. 


Bila air makin mendekat, kami pun apa lagi. terus kemas2 barang, jom balik. 
(macam-macam dalam minda) 


Waktu malam , diterangi dengan lampu solar, dan suasana sangat sunyi. Masa yang membimbangkan bila mana air pantai makin pasang. masing-masing gusar dan tak lena nak tidur. Tambahan pula ramalan cuaca untuk 2 ,3 hari tersebut monsun timur laut yang membimbangkan. memang kami ni di kira cari masalah la, hahaha.
 So, akhirnya kami buat keputusan kemas barang dan balik , Jam 2 pagi sampai rumah mak ayah di Tok Bok, bermalamlah di rumah mak. 


Sebelum tu meh Sarah belanja gambar dan suasana di D'Aur Beach Resort pada kunjungan pertama kami pada tahun 2018.  View yang cantik dan sangat sesuai untuk bergambar. 






Naufal Umur 8 tahun masa ni 

Model tak berbayar 

Banyak spot menarik untuk bergambar 



Sesuai untuk yang nak honeymoon. 
 

Pic Credit : FB D'Aur Beach Resort 

Insya Allah, kami akan cuba berkhemah sekali lagi kat sana, dan senaraikan kembali kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh D'Aur Beach Resort. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rambuta adalah mahkota yang penting buat para wanita terutama wanita yang berhijab kerana penjagaan rambut yang sangat rapi perlu dititik beratkan.

Memiliki rambut yang hitam, sihat dari akar dan kulit kepala yang bersih menjadi idaman setiap wanita yang berhijab. 



Tujuan utama Safi Malaysia memperkenalkan safi Shayla- Hijab Haircare Expert ialah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan wanita berhijab perlukan penjagaan khas dan mantap untuk kulit kepala dan rambut mereka dan tek nologi baharu Safi Shayla-Hijab Scalp Biotics kini tersedia untuk membantu wanita berhijab yang berumur dari 18 - 35 tahun yang masih belum menggunakan syampu khas untuk wanita berhijab yang mengalami masalah kulit kepala dan rambut yang merunsingkan seperti masalah kelemumur, rambut gugur, rambut kering, berminyak dan  berbau. 


Hasil penyelidikan Safi Reseacrh Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab. 

Komposisi bakteria jahat dipermukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria baik akibat faktor cuaca yang panas dan lembab. Tidak dinafikan hasilnya pelbagai masalah kulit kepala, rambut gugur, berbau dan gatal mudah berlaku kepada wanita berhijab. 


Safi Malaysia memperkenalkan Set Safi Shayla yang telah di upgrade dan diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi hijab scalp biotic pertama di dunia,. 

Di inspirasi daripada Microbiome Science, ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu pertumbuhan bakteria baik bagi mengembalikan semula dan mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala dengan kulit kepala yang sihat , rambut berhijab lebih sihat dan lebat. 

Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus  Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut. 


Terdapat lima pilihan Syampu Safi Shayla untuk wanita berhijab miliki, iaitu :




1. Syampu Anti Kelumumur - Berkesan mengatasi masalah kelumumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelumumur serta melegakan kegatalan kulit kepala dengan sensai dingin.

2. Syampu Kawalan  Rambut Gugur - menguatkan struktur rambut dari akar, kurangkan keguguran rambut dan memperbaiki rambut yang rapuh.

3. Syampu Licin Terurus - melembut dan melicinkan rambut yang kering dan susah diurus. Rambut licin lembut dan senang disikat, tidak lagi frizzy dan serabut.

4. Syampu Segar Bermaya - rasa segar dan sensasi dinginnya syampu ini akan membersih secara dalam dan kurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar, dan bermaya

5. Syampu Itch Kontrol - hilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasalega dan selesa. 


Jom segera dapatkan  Syampu Safi Shayla sekarang di mana-mana stor berdekatan anda seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watson, Guardians, atau di mana sahaja kedai berdekatan anda. 

Anda boleh juga dapatkan di laman sesawang e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Search This Blog

Follow Me

  • facebook
  • instagram
  • Tik Tok
  • youtube
  • twitter

Recent Posts

Categories

  • AMWAY
  • Agama
  • Aktiviti Sek
  • Education
  • FAMILI DAN KEIBUBAPAAN
  • INFO
  • Lifestyle
  • Public Gold
  • TIPS KESIHATAN
  • Tips Bisnes

Blog Archive

Sahabat Blogger

  • adianiez
  • anajingga
  • apekinah
  • bondezaidalifah
  • ombakbergigi

Created with by ThemeXpose