cepatnya masa berlalu
pejam celik pejam celik.... dah nak masuk tahun baru dalam kalendar islam, terasa baru aje 1428H, tup2 hari ni dah 29 zulhijjah 1428, esok jangan lupa ya membaca doa awal dan doa akhir tahun. semoga sepanjang tahun 1428H kita menjadi hamba yang soleh/ah dan yang penting iman kita pun bertambah...ameen....
dengan kedatangan maal hijrah ini, kita dapat menghijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik," bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup selamanya, dan beribadatlah kamu sepenuhnya seolah2 kamu akan mati esok hari."..
jika dilihat,, kehidupan kita sekarang semakin mencabar dengan pelbagai mehnah dan ujian.. sebagai muslim mukmin pastinya banyak ujian2 keduniaan yang mengelilingi kita, itulah dia dugaan yang Allah uji ke atas kita, ujian yang menguji kita sebagai ummatnya, dengan kesibukan dan kekangan masa yang makin menghimpit, dengan tugasan seorang insan yang diberi amanah mendidik anak bangsa,, yang berusaha untuk memajukan masyarakat khususnnya ummat Islam, dan ujian untuk diri sendiri serta bagaimana untuk kita menguruskannya.. hanya diri kita yang tahu dan mengerti... apakah kita mampu menghadapinya??? tahun 1428H akan berlalu pergi,,, bersama-samalah kita bermuhasabahkan diri kita.... adakah kita menjadi muslim yang menunaikan tanggungjawab as hamba ALLAh.. apakah tahun ini adalah tahun cemerlang bagi diri kita? bagaimana dengan segala gerak kerja kita?? adakah lancar dan menepati target yang kita sasarkan??/ tentunya banyak yang kena muhasabahkan.... setakat ni dulu,, pasni sambung lagi... banyak lagi nak dinukilkan.... to be continue
0 comments