Pilihan di tangan anda
tangan itu
amat berkuasa
datanglah siapa sahaja
datanglah dengan pujuk rayu
datanglah dengan kebendaan
hatta
walau segunung emas engkau sembahkan
jika engkau ingin mengubah hati ini
aku tetap dengan yang satu,
hati ini takkan berbelah bagi...
tangan ini tetap melakukan yang sama
sama seperti 5 tahun lepas,
sama seperti 10 tahun lepas
aahh....!! sama seperti aku mula-mula
mengutip pengalaman memangkah-mangkah,
tika muda-muda dulu....
emm...
kini... aku selamanya tetap dengan yang itu
tangan ku jua mempunyai kuasa
walau.... mulutku terkunci...
tanpa bicara
tapi yakinlah...
hanya satu dari tangan ku....
pasti membawa kepada
satu keputusan
syaakirin...
adaptasi dari jiwa si tua020308
p/s: demam pilihanraya..( tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak)
2 comments
Assalamualaikum.. Dah termasuk rumah orang ni kenalah menyapa tuan rumahnya. Ya betul tu tangan ni tetap memangkah yang satu, jangan pangkah 2 3 4 5. Tapi ingat jangan sekali-kali ikut cerita Ali Baba. Manalah tahu ada pulak yang pening-pening lalat pergi pangkah bilik kecik tu.
ReplyDeleteBidalan Demam Pilihanraya:
Rambut sama hitam tapi parti lain-lain.
Bio banyak parti tapi jangan suka sakitkan hati heee....(tak bermaksud untuk sesiapa yang hidup sekadar peringatan untuk diri sendiri aje)
pilihanraya dah berlalu, keputusan telah diketahui.... yg menang..anda membawa amanat rakyat...ingatlah sebagai pemimpin selangkak kakimu di syurgta dan selangkah lagi di neraka.... tunaikan amanah sbg pemimpin yang amanah.
ReplyDelete