Tip Untuk Cemerlang..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pejam celik pejam celik, tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun baru akan menjelma, dan pastinya dengan kedatangan tahun baru juga, semua yang bergelar murid dari tahun 1 hingga tahun 6, pelajar dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6, Murid Pra yang akan bersama2 di tahun satu, dan murid tahun 6 yang akan ke tingkatan 1, sama ada sekolah agama,sekolah asrama(tentunya memerlukan mereka berdikari dan berjauhan daripada ibu bapa) dan ramai lagi akan mengalami proses peralihan dan perubahan dalam kehidupan kita semua. Dan tidak lupa juga, golongan guru yang lama bercuti panjang... ehemmm... sudah tentu minggu-minggu terakhir adalah minggu yang pasti sibuk kan???
Yang pasti ada juga kekadang datang perasaan ingin menyambung lagi percutian ini,(aku sendiri merasainya) :) he he... seronok tau bila bercuti panjang..
Hari ini ingin ku kongsikan tip untuk menjadi seorang individu pelajar cemerlang :
Dalam meniti kejayaan, aspek yang paling penting adalah akhlak dan keperibadian pelajar . Antara tip nya :
1)Bertanggungjawab kepada diri sendiri.
Tanggungjawab adalah satu kayu ukur untuk anda berjaya dalam setiap tindakan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
2)Berikan Tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya.
Tentukan sendiri apa yang penting bagi anda. Jangan biarkan orang lain menentukan untuk anda.
3)Dahulukan mana yang penting. lakukan mengikut keutamaan.
Pastikan anda menentukan apa yang terpenting untuk anda lakukan sebelum anda bertindak.
4)Anggap anda berada dalam win-win situation.
Anggaplah rakan-rakan anda yang banyak membantu dalam belajar dan bersama-sama melakukan tugasan juga adalah saingan anda*secara sihat. Dan pastinya anda akan melakukan yang terbaik.
5)Fahami orang lain.maka mereka akan memahami anda.
Pastinya bila memahami mereka yang lain membantu anda melaksanakan tugasan dengan berjaya.
6)Cari penyelesaian yang lebih baik.
0 comments