Guru~~~ oh Guru

by - January 13, 2009

Assalamualaikum

Baru aje melangkahkan kaki ke rumah, hari ni lewat sikit, baru habis meeting dengan GUru Besar baru. Sejarah paling lama mesyuarat selama berada dan bertugas di SKSE, 2 jam mengambil masa semua guru. Walaupun sekolah lain mungkin sudah lama mengalaminya, tetapi bagi warga SKSE, itu adalah fenomena baru, Emmm panas punggung setiap orang. Banyak isu dan perkara yang harus diselesaikan.
Juga kehangatan tentang jadual waktu, walaupun diberi untuk sementara waktu, tetapi ada ketidakpuasan, ada sebab dan musababnya, tidak perlulah di dedahkan di sini ya. Tetapi komentar ku,pihak yang terlibat seharusnya melihat perkara ini dengan sedalam-dalamnya, dan bijak menguruskannya. Bukan kerana apa, supaya setiap warga di sini, bekerja dengan penuh keseronokan dan kegembiraan, apatah lagi dengan target yang tinggi, dan harapan yang menggunung untuk melihat kejayaan anak didik.
Seharusnya setiap guru, tidak kira di mana, sedar dan faham tentang tanggungjawab yang perlu digalas, amanah yang dipikul adalah pilihan kita semua. Kenapa ingin melepaskan tanggungjawab kepada orang lain?
Kita sama sahaja, kita belajar dan mengikuti kursus yang sama, dengan ilmu pendidikan yang sama, hanya bezanya cuma pada subjek dan option(pilihan)semasa berkursus. Justeru kenapa perlu mengelak andai diberi tugas yang tentunya menjadi milik kita?
Andai keikhlasan tiada dalam diri, apa natijah yang akan diperolehi dalam P& P ?
Guru~ adalah arkitek bangsa, yang membina modal insan , pastinya menjadi satu tanggungjawab yang berat dipundak kita.
Ayuh... bersama kita membangun jiwa

You May Also Like

0 comments