Jurnal Perjalanan 1

by - January 30, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua,

Beberapa hari tidak online mencambahkan kerinduan pada rumahku ini, rindu pada teman2 blogger. Alhamdulillah, pada 28hb Januari baru-baru ni, saya dan keluarga telah memulakan perjalanan kami, Jurnal perjalanan ku sepanjang 3 hari trip ke Pekan untuk mendapatkan suatu ilmu dan cabang seni yang memerlukan kesabaran dan pastinya minat ini telah lama ku pendamkan untuk dicapai, kini ALLah membuka jalannya. Moga ada manfaat daripada semua ini.

1.00 tengahri : memulakan perjalanan dari Machang. Setelah segala urusan selesai, HAjat dan planning ke Pekan melalui Jerangau-JAbor, tapi sampai je di setiu, terus ubah hala ke KT, jalan sana lebih selamat dan banyak yang boleh dilihat,


Pemandangan sepanjang perjalanan, snap by handphone je
Tika di Kuatan rasanya./ Itu tangan baba memegang stereng, thanks to you my dear, because sudi memandu membawaku ke PEKAN.
Tika di Kemaman. Sejuk mata memandang keindahan ditepian pantai dengan laut membiru,
memukau pandangan mata. Subhanallah Indahnya CIptaan Mu ya Allah

Hukamak pernah berkata " Jauh perjalanan banyak pengalaman, dan jadilah seperti air yang mengalir, kerana jika air yang bertakung, ia hanya kan mengumpul sampah dan lumut2 sahaja."
Mamahusna cakap :Itulah , andai kita terperuk sahaja dirumah, manakan kita boleh menimba pengalaman ditempat orang.,
( tapi sekarang ni gunalah kemudahan internet,cuma tak sama jika merasainya sendiri)



Jam 5.30 petang, stop utk solat Jama'dan Qasar di Masjid Jamek Kerteh. Emmm. cuba tgk tu, KG TENGAH, rupanya di Terengganu pun ada, ingatkan Kampung Tengah, Batu Balai Kuala Krai aje ada nama ni, suka baba, HOmetown dia ada juga di Terengganu... ^O^


Pemandangan di DI Pekan, tak banyak boleh snap, masa ni tgh BF kan baby insyirah, gambar last tu, di tepian pantai kat Setiu, cantikkan?
Alhamdulillah, kami sampai di Pekan tepat jam 9, malam, menunggu kak zati datang ambil di CIMB, rupanya Cikgu Azlee yang datang, dibawanya kami makan2, isi perut yang memang tgh lapar, alhamdulillah tiba di rumah/bengkel kak zati, Perjalan yang amat meletihkan, terus lena dan zzzzzzzzzzzz
Syukur PadaMu ya Allah, perjalanan kami amat lancar dan selamat pergi dan balik, Hanya pada mu kesyukuran kami panjatkan.








You May Also Like

0 comments