Khasiat Buah Zaitun

by - January 08, 2009

"Demi buah tin dan zaitun...", begitulah bermulanya sebuah surah di dalam Al-Quran yang menyatakan ALLAH telah bersumpah dengan buah tin dan zaitun. betapa ia menunjukan ada rahsia besar di sebalik kedua-dua buah. mengikut An-Nasafi,ALLAH bersumpah dengan kedua-dua buah ini lantaran ia merupakan hasil bumi yang menakjubkan.

Zaitun dikenali denagan nama saitifikya Olea europaea,sejenis tumbuhan yang berasal dari Mediterranean. ia bukan sekadar makanan bagi penduduk disitu,malah penting untuk tujuan perubatan,sebagai sabun,bahan bakar bagi bagi menyalakan pelita,sumber kekayaan dan kuasa. Pokokk zaitun mempunyai ketinggian 3 meter,berdaun hijau terang dan berbuah denagn bentuk oval. Menurut pengamal hadis, setelah taufan Nuh melanda,tumbuhan adalah yang pertama sekali kelihatan.

Bagi wanita,ia sangat baik bukan sahaja dari segi kesihatan malah mencakupi khasiat yang banyak untuk kencantikan dan komestik. Menurut ulama Zahbi,minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia juga bertindak sebagai anti penuaan benagn cara melambatkan prosesnya. Di samping itu,minyak zaitun juga digunakan untuk mengatasi kesan lecur akibat terbakar dengan mencampurkannya dengan sedikit garam.

Rasulullah S.A.W bersabda, ''Pakailah minyak zaitun dan gunakannya sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dari pohon yang penuh barakah.'' ( hadith riwayat. At-Tarmizi dan Ibnu Majah )

Menurut Ibnu Al-Qayyim pula, minyak zaitun mampu membangkit seri wajah, mengilatkan rambut, menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal-gatal dan ulser yang kronik.Saintis jepun turut badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada terkena kanser kulit.
Hanya minyak zaitun yang tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi menambah perisa dalam masakan.
Komentar : saya telah menggunakan minyak zaitun utk baby, sebagai minyak rambut, memang kesannya amat bagus,

You May Also Like

0 comments