Palestine
Isu Palestin makin meruntun jiwa, hati umat Islam mana yang tidak sakit pabila mendengar dan melihat penderitaan UMAT ISLAM dibumi Palestin. Perasaan sedih, geram, sakit hati bercampur aduk.. Andai dapat ku ke sana menghulurkan bantuan, akanku pergi, tapi ku tahu kemampuan ku,
Friends, ini ada cara yang boleh kita aplikasikan, pilihlah yang mana satu, ku petik dari laman web UZAI, moga ada manfaat bersama.
1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam
3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.
b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.
6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.
7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.
8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.
petikan dari zaharuddin.com
0 comments