BUKU MANIS UBI

by - February 09, 2009








Assalamualaikum dan Salam kasih Sayang semua ,

Hari ni nak share kan resepi Buku Manis Ubi, emm antara makanan traditional di kelantan. Resepinya sangat mudah dan ringkas aje. Sebenarnya petang jumaat lepas mak yang buatkan, kebetulan ubi kayu diberikan oleh cikhae(mak sedaraku) .. so ayah apa lagi, mengidam nak makan ni..

Ok kawan2 semua, inilah step dan bahan untuk membuatnya :


Bahan2nya :
Ubi kayu ( anggaran 4 ketul pjgnya dalam 10cm) diparut ya!
Daun pisang(untuk membungkus)
*Gula melaka aka nissae ( 4 keping)
*Santan(anggaran 3 cawan)

* Di masak bersama sehinggan pekat ya!

Caranya :
Masukkan bancuhan santan tadi ke dalam ubi yang diparut. Gaul sebati.
Daun pisang di potong berbentuk diamod utk memudahkan bungkusan.

Masukkan adunan ke dalam daun pisang dan di bungkus seperti di atas,
Kemudian kukuslah selama lebih kurang 20minit.
Tadaaaaaaaaa.. dah masak, sedia untuk dihidang.

You May Also Like

0 comments