Kesian Anak Mama
assalamualaikum,
Hari ni.... demam Insyirah belum kebah lagi, selsema dan di selang seli batuk hinggakan termuntah sekecil, tak terdaya mata melihatnya, andaikan dapat sakit2 itu berpindah pada mama, pasti mama menanggungnya.
Bukan setakat selsema dan batuk, malamnya, suhu badannya memang meningkat dan panas, habanya terasa pada diri ini, ke klinik sudah, malamnya selimutkan dengan tuala basah, tips yang diberikan oleh rakan2 senior disekolah, maklum... sebagai ibu yang kurang pengalaman, betul2 merisaukan diri ini,
Lantaran kerana, sudah seminggu lebih, selera Insyirah memang mengecil, langsung tiada ruang pada mulutnya untuk memasukkan makanan, hatta kuih2 kegemarannya dipandang begitu aje...
semakin susut tubuhnya, risau lagi...
Dua hari ni pula, asyik meragam lebih daripada biasa, kalau dalam kereta, nak duduk kat stereng, tak nak langsung dengan mamanya, menangis pun nada yang amat berlainan...
risau... risau... resah dan gelisah jiwa ini. esok Mesyuarat Agung PIBG... gayanya seharian ditinggalkan, nak ambil cuti, cuti baru aje diambil... huhu...
Ya ALLAh, limpahi kesabaran kepada kami berdua dalam ujian ini... ameen
0 comments