Tajuk 1 : Katakanlah Aku Beriman Kpd Allah, dan Istiqamahlah

by - April 16, 2009

Daripada Sufyan bin Abdullah R.A berkata :" Aku berkata kepada Rasulullah," Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku sesuatu dalam Islam berupa perkataan yang tidak aku persoalkan kepada orang lainselain dirimu." Rasulullah Menjawab,"Katakanlah aku beriman kepada Allah S.W.T dan istiqamahlah." (Rawahul Muslim)



Siapa Sufyan?? inilah sahabat Nabi yang telah memeluk Islam setelah Perang Hunain dan dirinya sentiasa memperbaiki Islam. Beliau mendatangi Rasulullah SAW dengan niat untuk memperbaiki agamanya supaya dasar tetap yang tidak akan menyimpang daripada pemahamannya.

Begitu dalam kehidupan muslim dan orang beriman, iman itu yazid(bertambah) dan iman itu yanqus(berkurang) . Lantaran itu, sebagaimana Nombor telefon kita yang perlu sentiasa di top-up. Begitu juga dengan iman kita, perlu sentiasa di top-up. sementelah ada yang sentiasa irihati dan telah beriktikad akan menyesatkan anak-anak Adam ingin ke hari Kiamat. Itulah Syaitan Laknatullah.

Firman Allah dalam Surah Al-Hadid ayat 28 bermaksud " Hai orang2 yang beriman(kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya"

Intipati ayat ini menekankan kepada orang2 yang telah beriman agar sentiasa memperbaiki dan memperbaharui iman ketika datangnya dugaan, rayuan dan godaan syaitan dan juga unsur2 yang lain.

Bagi orang mukmin perlu menjaga hati dan membersihkannya serta perlu juga dilakukan pemurniaan. Kaedahnya pelbagai, dengan sentiasa berzikirmengingati Allah, menjauhi diri dari segala unsur kemaksiatan dan perkara2 yang melaghakan, bangun bermunajat dan melakukan kebaikan dalam kehidupan harian. Paling penting hati perlu Ikhlas dalam melakukan ibadah kepada Allah

Inilah manifestasi kita dalam kehidupan daripada doa yang terkandung di dalam Doa Iftitah yang sentiasa dilafazkan setiap 5 waktu sehari semalam di dalam Solat, walaupun ianya hanyalah Sunat Haiat tetapi mengandung pergertian yang besar. " Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, tuhan semesta alam, tiada sekutu baginya".

Dalam pada itu juga, ISTIQAMAH itu adalah satu pelurusan jiwa dengan akhlak untuk mengadap Allah . Perlunya istiqamah dalam setiap perbuatan dan amalan kita.

Firman Allah bermaksud" Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar"

You May Also Like

0 comments