Penat Fizikal dan Minda

by - March 10, 2010

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari blog tidak terusik.. 2 minggu ni.. betul2 penat dengan aktiviti sekolah yang berurutan sehinggakan terasa kurang rehat. Pulang je dari sekolah terasa penat sangat2..
Bermula minggu lepas start 1 Mac-3 mac latihan rentas desa dan sukaneka.. melatih murid sepagi setiap hari, hari Rabu bermula sukan... tiada luang dan ruang untuk merehatkan diri,
4 Mac ( Khamis) Mesyuarat Agung PIBG, sehingga jam 5 petang... pulang ke rumah pula.. bekalan air terputus selama 4 hari berturut..

Terasa betul2 penat... minda dan fizikal.. balik aje terus nak landing ( baring merehatkan diri, dengan keadaan berbadan dua .. lagi2lah memenatkan.. syukur baba memahami dan banyak membantu urusan rumahtangga. pendek kata, 80% diuruskan baba, lantaran tidak ada kudrat utk melakukanya..

Malam ni pula nak siapkan analisa Ujian bulanan baru2 ni... baru aje selesai mengisi markah dalam kad ujian bulanan pelajar,,, mata dah kuyu, badan dah menagih rehat... tapi belum boleh laksanakan lagi...

stop kejap untuk restkan diri... terasa lamanya lagi nak cuti, padahal esok sehari je lagi sekolah...
itu yang terkejar deadline tu.... perlu bereskan sebelum bercuti..

Checklist kerja yang perlu diselesaikan esok :

  1. Dapatkan Tandatangan GB utk kad Ujian Bulanan Kelas 5C
  2. Siapkan analisa UBB / TOV/ ETR untuk setiap kelas yang diajar * tindakan malam ni!!!!
  3. Buat analisa SWOT untuk setiap murid dan kategorikan mereka dalam kategori Harapan / Lulus/ Galus/ Gagal.
  4. Kemas kini file Pemulihan Jawi *
  5. Kemaskini File Kelab Jawi dan Khat.
  6. Kemaskan Meja Kerja ku di Bilik Guru sebelum bercuti.

You May Also Like

0 comments