Menanti Debar Dan Tanda2 Awal Bersalin

by - May 28, 2010


Beg Baby dan Mama yang udah di packing... dok nunggu untuk digunakan dalam bonet keta.... *telengkan kepala anda utk melihatnya :)

Sudah 2 kali mengalami Braxton Hick, dan 2 malam juga tidak tidur kerana berlakunya kontraksi..ingatkan sudah tiba masanya.. rupa-rupanya belum lagi.
1st tatkala usia kandungan masuk 34 minggu... sehari sebelum Hari keusahawan di sekolah, tepat jam 2.30 pagi, terjaga dari lelapan ... terasa sakit memulas-mulas berlaku setiap 15 minit... risau betul, namun tak ku kejutkan baba.. ... apa lagi... barang persiapan baby dah ready, cuma kelengkapan untuk diri sendiri belum lagi di packing. Malam tu terus aje pack barang2 kelengkapan diri., toilleteries, baju, kain, Buku untuk bacaan tatkala di ward. Al-Quran Digital dan juga beberapa barangan lain yang tak perlulah di nyatakan ... sendiri mau tau ya ibu2, mama2, mommies, ummi2...

2nd time hari khamis baru2 ni... berlaku di awal pagi juga... memulas2 perut..... memang yang ni berat sikit , kontraksi berlaku setiap 15 minit dan makin kerap kepada 10 minit... terus packing barang dan memang tak tidur langsung malam tu... sakitnya memang terasa.. seolah2 dah tiba masanya... namun ku masih teragak2 nak ke hospital.. cuma seusai subuh,., terus bertolak ke rumah mak di Machang... dalam keadaan tidak selesa... kalau makin teruk kontraksinya.. memang terus ke hospital aje...
tapi rupanya belum tiba masanya lagi... so hari khamis tu terpaksa ambil cuti, sebab dah tak tahan sangat dan tak mampu nak g skul.... namun sehingga hari ini... keadaan diri kembali seperti biasa, cuma standby ajelah,... mana tau kan... doakan yer saya mudah bersalin nanti..

oh ya ini ada artikel tentang tanda2 awal bersalin yang saya ambil dari website :www.portal.alamhamil.com... sebagai bacaan untuk diri sendiri dan dipanjangkan pada kawan2 semua...


Tanda-tanda bersalin
Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran
Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:

Menghadiri kelas antenatal
Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
Tonton video kelahiran
Amalkan pernafasan and relaksasi.
Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar
Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin
Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

You May Also Like

2 comments

  1. assalamualaikum sarah.
    nampaknya masanya dah hampir benar tu
    tanda2 amaran pun dah beberapa kali
    gerun bunyinya tapi orang dah berpengalaman macam sarah, insyaallah sudah ada persediaannya
    semoga sarah selamat bersalin nanti
    ibu dan bayi kedua-duanya sihat dan selamat, insyaallah

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam kakchik...
    itulah kakchik...
    tgh berdebar2... kalau ikutkan pengalaman..takutnya kakchik.. harapnnya yang ni pun takde masalah.. doa2kan sarah ye kakchik

    ReplyDelete