telingaku sakit
assalamualaikum dan salam sejahtera.
lama bersarang blog ini... empunya diri ditimpa ujian sakit daripadanya. tahun ini berturut2 sakitnya... kali ini sakit telinga pula... asalnya telinga selalu gatal2, so selalu lah menggunakan cotton bud utk menghilangkan kegatalan... yang akhirnya menyebabkan jangkitan kuman, seminggu telinga ini sakit.. bersabar dan terus bersabar.. musibah ini, moga2 terhapus dosa-dosa kecilku... ameeen ya allah..
bila ditimpa musibah,, ada 2 keadaan akan berlaku ke atas kita, sama ada kita semakin dekat kepada pencipta atau semakin jauh daripadanya..
sekiranya kita redha dengan ujian dan musibah yang berlaku kepada kita, dan kita sentiasa sabar serta sentiasa berzikir kepadaNya, bila ditimpa musibah, ucapkanlah innalillahi wa inna ilaihi raaji'un.... kerana semuanya datang daripada Allah dan tentunya kembali kepadaNya jua... dalam kesulitan tersebut, disitulah terujinya kesabaran kita.
bersabarlah dan perbanyakkan berdoa kepadaNya, moga dengan segala mehnah , ujian kita meningkatkan keimanan kita kepadanya..
berbalik kisah telinga tadi... datang sakitnya dalam sekelip mata, sakit petang khamis selepas menghantar cupcake tempahan kawan ke machang, so petang tu tak sempat nak ke klinik.. terpaksa bertahan sehingga pagi jumaat.. alhamdulillah ada juga klinik yang buka... doktor cakap bengkak dan bernanah teruk dah... memang sakit dan bengang yang amat... sakit dan pedihnya tak tertanggung.. masya Allah... bersabarlah wahai diri... 2 kali sambung ambil antibiotik ... dan alhamdulillah hari ni rasa ok sikit.. tapi still ada gatal2 lagi..
so kawan2 .. pesanan saya, kalau ada gatal2 telinga, terus jumpa doktor ye.. jangan pandai2 sendiri, akibatnya merana diri,,,dan bersabar ya
0 comments