hadiah hari guru @ hadiah kakak

by - May 20, 2011

assalamualaikum dan salam sejahtera semua........
lamanya tak ber online, dah dekat seminggu, broadband disconneted, belum bayar lagi.. takde kesempatan nak bayar, alih2 dah taklen nak guna... so hari ni ambil kesempatan guna bb yang adik...
oh ya apa khabar kawan2? em.,... hari khamis lepas ada sambutan hari guru, alhamdulillah adalah juga hadiah daripada anak2 murid... terima kasih murid2 ku... ustazah tidak mengharapkan kalian memberi hadiah, cukup dengan kalian bersemangat untuk belajar dan memberi perhatian tatkala sesi P n P kita berlangsung... tapi ustazah tetap menghargai usaha kalian untuk memberi hadiah kenangan pada ustazah.


bila kakak insyirah tgk hadiah2 tu.. gembira bukan kepalang, terus mengaku hadiah dia...
hai anak2 ni...tak sabar nak buka balutan hadiah...
sampai aje rumah terus buka satu persatu...
haa.. adik pun tak kurang hebatnya... tolong kakak...
hasil nya : mama tahu apa hadiah yang anak2 murid hadiahkan, antaranya ; mug (paling byk ), piring yg ada ucapan hari guru, bekas sabun, pen, kad ucapan, bekas plastik, brg2 hiasan... em cantik2 semua.. dan tak lupa buku..
kad ucapan kat atas tu dr aqilah anak cikgu masni, kreatif orangnya :
terima kasih dan selamat hari guru, dan terima kasih pada teman seperguruan di SKSE sama2 telah menjalankan tugasan utk sambutan hari guru khamis ritu, harap berpuashati ya semua,

You May Also Like

0 comments