MENJAMU SELERA DI SATAY MALAYSIA
Hari khamis 20 hb 10 baru-baru ni, lepas waktu sekolah, ke Kota Bharu sekeluarga, tujuannya ? nak beli barangan buat kek dan ambil edible image yang ditempah sebab hari jumaat tu kena siapkan 2 biji kek tempahan pelanggan. Hari tu juga 1st time pergi beli bahan2 kek di Sweet Berry yang terletak berhadapan dengan Billion , teruja ku melihat barang2 bakery.. semangat nak berbaking datang 100%... :)
Lepas tu ke Padang Tembak, nak ambil stok MAB dengan Kakti,then terus ke Satay Malaysia yg berdekatan area situ, walaupun dan lama buka restorennya, tapi nilah 1st time ke sana. ok let look and see
Bunting yang ada, nak snap pic signboard tapi takleh sebab pantulan cahaya
menarik bukan ?
haa... itu dia hero dan heroin mama.. sedang bersiap sedia utk menikmati hidangan
pembuka selera utk mereka : aiskrim solero magnolia..
opss... baca doa dulu
kakak baca doa, adik amen kan.... emmmmm alhamdulillah,
sejuk hati mama dan baba
oit!!!.. sirap limau terbalik
order ari cikngah
ini dia menu satay kami... pakej 3 0rang makan 25 cucuk
apa yg peliknya.. pakej dia macam ni tau :
1 org makan : 10 cucuk
2 orang makan : 15 cucuk
3 orang makan : 25 cucuk..
dan seterusnya...
opssssss!!! ada nasi juga , ni adik yang order, katanya hari ni tak makan nasi lagi,
kami pula order air radix aje...
so far Restoren ni amat memuaskan hati , bersih dan servisnya pun ok.. makananya pun sedap...
bolehlah siapa2 yang turun ke KB, boleh mencuba satay ni
0 comments