Kakak Luka, Adik Demam
Assalamualaikum ,
Minggu ni betul-betul di uji dengan pelbagai mehnah dan cabaran, mungkin pada orang lain ia adalah biasa, dan sememangnya biasa, tetapi tetap saya katakan sebagai mehnah, kerana ia adalah ujian yang perlu saya hadapi, dalam menguji kesabaran dalam hidupan harian, dalam membesarkan anak2 yang mungkin terdapat padanya seribu satu feel yang perlu di hadapi dalam menguji kematangan, tindakan, sebagai seorang ibu...
minggu ni adik naufal masih lagi demam yang kejap kebah pastu balik.. memang kesian kat naufal, mama pula penuh dengan aktiviti seminggu, tak dapat nak meredakan kesakitan adik sepenuh masa, terasa macam nak ambil MC. tapi fikir adik duk dengan nenek kat rummah, lega sikit... tak bawa pula ke klinik, sebab tentunya bila dr bagi ubat, memangnya tak makan...
alhamdulillah, saat ini tubuhnya dah tak panas dan sudah kebah, harap2 berterusan lah... Amen
petang tadi juga, kakak insyirah dilanda musibah, mama dah larang, tapi tak dengar larangan mama, akibatnya jari terkena pisau, mula2 dia senyap2 pergi ambil tisu atas meja, saat itu mama tengah BF kan adik, tiba2 dia meraung :sakit.... sakit...... Ya Allah... banyak juga darah, cuba sapu minyak TYT, alhamdulillah.. darah berhenti, dan mama pun terangkan balik pada kakak, sebab mama larang dan akibatnya, harapnya kakak mendapat pengajaran daripada peristiwa ini.
itulah jari yang terluka... yang ni versi dah sapu minyak TYT.
0 comments