Kakak dan hasil kerjanya
assalamualaikum
sudah lama tidak menulis tentang perkembangan kakak ...
bila penyakit 'M" melanda, inilah natijahnya...
bersawang blog ... seolah-olah hidup segan mati tak mahu...
tapi tuannya sihat dan semakin sihat...(^_^)
sebenarnya nak mengabadikan hasil kerja kakak insyirah, al-maklumlah kalau tak di ambil gambar dan tiada di masukkan di sini, maybe kertas kerja akan lenyap.. so sekurang-kurangnya, bila anak besar, boleh dia tgk hasil kerja mereka di sinikan?
betul tak kakak?
ini adalah tapak kaki kakak...
pada mula dia melukis, dia memang tak benarkan mama melihatnya
tapi mama, biasalah ... nakal-nakal sikit ... jeling-jeling nak tahu
:)
yang ni pula , masa kakak tunggu mama di bilik guru, kebetulan baba datang lewat , so kakak akan melepak-lepak di meja dan kerusi mama di bilik guru
mama eja dan kakak tulis...
yang ni pula projek kakak di rumah
dia lukiskan topeng adikNaufal
so mama puji kakak " cantiknya kakak buat"
pujian itu dilakukan supaya dia lebih bersemangat lagi dan menaikkan self-esteem
selepas tu mama minta kakak tuliskan perkataan ADIK di belakang topeng...
mama eja dan kakak tulis
yang ni pula lukisan kakak .. katanya ada awan... ada sungai.. ada mama, baba, adik dan kakak
yang ni pula masa membaca Al-Furqan
sungguh seronok kakak membacanya
saya seronok mengajar anak mengaji dengan menggunakan Al- Furqan
anak -anak mudah mengenal nya
sedikit info tentang Al-Fuqan kot-kot ada ibu-ibu yag berminat
Set Buku Al-Furqan
Harga : RM30Kandungan Pakej:
4 Buah Buku dan 1 VCD Panduan Mengajar Al-Furqan
Mengenai Produk
Sistem Al-Furqan telah disusun supaya anak anda dapat membaca Al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif. Ia dilengkapi dengan kaedah
mengajar yang kreatif dan efektif. Terbukti kanak-kanak yang dapat membaca Al-Quran lebih awal, sebelum bersekolah lagi sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan tenang.
Keistimewaan Produk
Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
Mengikut kaedah fonetik
Disusun secara sistematik - 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
Perkataan bermakna dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
1 comments
terima kasih share.
ReplyDeleteair freight
borong china
beli barang dari china