Sup Telur Hidangan Yang Ringkas Dan Mudah Tetapi Membangkitkan Selera Anda

by - November 17, 2019


Kami anak beranak dah berada di rumah mak. Disebabkan ada urusan ke Kota Bharu esok hari. Manakala mak  masih di hospital Kuala Krai,Temankan adik Ikah  yang ada komplikasi selepas melahirkan anak sulung.

Tiba-tiba adik lelaki, Izzat telefon bagitau dia dan Akmal on da way balik dari hospital dan nak dinner di rumah.

Saya pun intai2 bahan yang ada di dapur, ada ayam, so bolehlah goreng, ikan rebus digoreng dan telur. pada mulanya nak buat telur dadar, tapi terdetik dalam hati, takde kuah untuk di makan bersama nasi, so dapat idea untuk buat Sup Telur, ehem.. google juga resepi-resepi yang ada. Tapi mostly perkongsian resepi ada masukkan kiub ayam. so kita ubahlah, buat sup telur dengan bahan yang ada aje. 


Resepi Sup Telur Mudah Dan sedap


Jom semak bahan-bahan yang perlu untuk sup telur kita 




1 batang carrot
3 putik jagung
3 biji telur
Air secukupnya
Garam
Gula
Bahan tumis
5 ulas bawang putih
1/2 bawang besar holland
1 sudu lada hitam
Ditumbuk kasar


Cara-caranya :
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga bangkit bau
2. Masukkan air, carrot yang dipotong kecil, dan putik jagung. Biarkan hingga mendidih.
3. Pecahkan telur, biarkan seketika. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Bila telur dah masak, boleh tutup api dan hidangkan bersama ikan rebus goreng.
5. Pasti terangkat ibu jari sebab sedap. Malah ia adalah hidangan yang ringkas serta mudah disediakan.
Cukup sesuai untuk mereka yang sedang jaga pemakanan. Cuma pastikan tumis dengan minyak yang sedikit

Sup Telur ni sangat mudah dan ringkas. Bagi membangkitkan lagi selera, boleh dihidangkan bersama ikan rebus goreng. pasti bertambah-tambah. eh, mana dietnya? 

Selamat mencuba.

You May Also Like

1 comments