Resepi Sambal Lada Belimbing Buluh Kasturi Yang Mudah Dan Membuka Selera

by - April 07, 2020

Assalamualaikum



Tempoh PKP fasa 2 ini menyaksikan makin ramai mak- mak yang menunjukkan kehebatan mereka dalam bidang masakan.

Kalau hari biasa, masing -masing hanya mempunyai masa yang terhad, tapi kali ini, memberikan ruang masa yang begitu besar untuk mak mak beraksi di dapur. Termasuklah saya dan korang yang baca entri ni kan? betulkan? kalau betul, angkatlah tangan. 

Kali ini, buat pertama kali, saya berjaya buat sambal sendiri, sebelum ini, balik rumah mak ayah, mesti dah ada sambal bahagian untuk anak-anak yang mak sedia buat, sama ada nak bawa balik atau tak aje, kebetulan sehari sebelum diumumkan PKP Fasa 1, saya masih berada di rumah mak ayah. Dah plan nak bawa balik sambal belimbing buluh yang dah siap, tapi hari nak balik, terlupa nak ambil. Maka, makan nasi tak lengkap tanpa sambal.

Jadi, bila tempoh PKP ini berlanjutan, walaupun jarak ke rumah mak ayah hanya 30 mini sahaja, tetap tak boleh nak ke sana, maka terpaksa buat sambal sendiri. wasap mak minta resepi dan ketua keluarga seorang sahaja yang keluar membeli barang.


Resepi Sambal Lada Belimbing Buluh Kasturi Yang Mudah Dan Membuka Selera 


Bahan- bahan yang diperlukan : 


Lada secukupnya

Belimbing buluh, saya tak sukat, lupa tanya suami, berapa ringgit dia beli
Limau kasturi yang dibelah dua 
Bahan seterusnya ialah garam 2 sudu besar 
Gula 2 senduk 

Cara-caranya :

Bersihkan semua bahan-bahan yang diperlukan. 
Lada dibuang tangkainya
Belimbing buluh di belah dua dan dibuang tangkai ditengahnya, kemudian dicincang, pastikan air belimbing buluh yang dicincang disimpan, caranya dengan meletakkan belimbing buluh didalam tapis yang ditadah mangkuk dibawahnya. 
Limau kasturi dibelah dua dan dimesin kasar  dengan kulit dengan sedikit air, 
Masukkan lada
Masukkan air belimbing buluh
Masukkan garam dan gula
Kemudian blend semuanya.
Setelah diblend masukkan belimbing buluh yang sudah dicincang tadi, kacau rata. 




Siap, boleh masukkan dalam bekas yang bersesuaian.

 Saya simpan di dalam botol sos spageti yang kosong. 

Sebaiknya repack dalam bekas kecil2, kemudian simpan di dalam peti. Nak lagi sedap, biarkan semalaman atau 2 hari, barulah menikmatinya. 




Ini supaya, semua bahan sebati dan mesra bersama. 

Selamat mencuba


You May Also Like

5 comments

  1. nampak sedap. teringin nak try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, nanti bagitau ya, kalau dah buat :)

      Delete
  2. wah nak try la resepi ni nanti...selalu buat dgn cili kering goreng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah 1st time makan yang mak buat, sedap.

      Delete
  3. wahh nmpk sedap.. boleh cuba try.. ingt nk buat smbal hitam tdi sbb ade belimbing buluh.
    home insurance
    renew road tax
    roadtax kereta

    ReplyDelete