Selamat Datang Tahun Baru 2022. Selamat Tinggal 2021 Yang Penuh Cerita Dan Kenangan
BAB 1 : 1 JANUARI 2022 / 365 HARI
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita hingga ke saat ini, Betapa banyaknya nikmat yang perlu kita syukuri, nikmat iman, nikmat berkeluarga, nikmat kesihatan dan nikmat usia yang masih ada lagi untuk melangkah ke tahun 2022.
Tinggalkan segala kenangan, memori, cerita dan pengalaman tahun 2021 sebagai satu pengalaman kehidupan yang mematangkan diri, mendewasakan kita dan paling penting jadikan ia sebagai titik muhasabah diri menuju kehidupan dunia akhirat yang lebih baik.
Ujian dan masalah yang hadir pada tahun 2021, boleh jadi ia menguatkan jiwa dan diri kita, tapi elakkan tersungkur dan lemah. BANGKITKAN SEMANGAT DIRI menjadi hamba dan khalifahnya yang lebih baik lagi.
Manakala segala bentuk kebaikan teruskan usaha untuk buat yang lebih baik dan istiqamah di jalan Agama.
2022 jadikan sebagai tahun untuk kita kembali menjadi HAMBANYA yang lebih baik
1. Belajar dan mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Allah dengan lebih baik lagi. Berubah sebagai mukmin yang sejati.
Memperbanyakkan menyertai majlis-majlis ilmu dan upgrade diri sama ada secara bersemuka atau secara online. Mentadabbur Alquran. hafalan Alquran bersama sekeluarga, majlis taalim di dalam keluarga kita.
2. Banyakkan aktiviti yang bermanfaat bersama ahli keluarga, yang membina potensi diri secara fizikal dan mental. Antaranya kurangkan penggunaan gajet di kalangan ahli keluarga dan anak-anak. Ia bermula daripada orang dewasa terutamanya ibu dan ayah sebagai qudwah hasanah.
3. Berazam untuk lebih memberi manfaat buat ummah dan agama. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang melalaikan diri. Perkara yang melaghakan dan menjauhkan kita daripada agama. kerana di akhir-akhir ini pelbagai perkara yang tidak bagus dan menjadi fitnah kepada Agama. Mohon doa agar kita dijauhkan daripada fitnah Akhir zaman.
Jadikan amalan membaca Surah AlKahfi ayat 1-10 dan ayat 100-110 sebagai amalan harian setiap hari dan istiqamah membaca Surah Al Mulk sebelum tidur.
Jadikan amalan membaca Surah AlKahfi ayat 1-10 dan ayat 100-110 sebagai amalan harian setiap hari dan istiqamah membaca Surah Al Mulk sebelum tidur.
4. Buat diriku, moga diri ini istiqamah buat comeback setelah tenggelam bagaikan kapal TITANIC untuk menulis di blog dan berkongsi sesuatu yang membawa kebaikan kepada kalian yang membaca.
5. Berusaha untuk hidup secara sederhana dan untuk kewangan, lebihkan lagi sumber dan simpan. Menjaga pemakanan yang lebih baik dan menjauhi makanan terproses. Cuba untuk turunkan berat badan yang dah terlebih
( huhuhu) untuk lebih mudah dalam mengerjakan ibadah seharian.
Selamat Tahun Baru 2022 buat semua yang sedang membaca coretan ini.
Maaf andai ada susun kata dan ayat bicara yang kurang difahami, ketahuilah bahawa diri ini sedang kembali mengasah bicara dan tinta penulisan di blog ini. Allahu Musta'aan .
Lots Of Love,
Sarah
Melangkah dengan semangat baru.
Aja Aja Fighting
1 comments
Happy New Year ya
ReplyDelete