Pengalaman Pertama Berkhemah Tak Jadi Di D'Aur Beach Resort, Bachok
Assalamualaikum.
Entry ni sepatutnya dah lama Sarah kongsikan di sini tetapi begitulah bila mood untuk menulis hilang terus di lautan dalam, beginilah akibatnya.
Setelah berlama-lamaan kita dikurung akibat wabak pandemic, banyak masa terisi dengan aktivti online dan di dalam rumah sahaja. Maka terjebaklah Sarah dalam group Family Camping Malaysia yang mana mampu menarik minat Sarah untuk turut serta dalam demam Camping. Banyak ilmu dan pengalaman dikongsi oleh ahli-ahli group. Meriah betul camping mereka, bukan style zaman dulu. mostly camping kayangan la.
Namun, walau hati meronta-ronta nak camping, barang camping memang zero, berdikit dikitlah membeli dimulakan dengan khemah yang mampu milik hasil perkongsian testimoni sahabat dalam group Kelantan Camping.
Sarah beli khemah "Auto Tent" berharga RM89.90 di Shopee. memang ikutkan keinginan nak beli khemah Unta atau Khemah yang lain, tapi risau takut membazir. So kita beli yang biasa-biasa aje, bila tahu anak-anak berminat untuk berkhemah dan dijadikan aktiviti utama kami sekeluarga, kita upgrade pada khemah yang bersesuaian.
Naufal Umur 8 tahun masa ni
0 comments