TENANG BEACH RESORT ANTARA TEMPAT HEALING BEST PILIHAN KAMI.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pantai antara tempat pilihan kami sekeluarga untuk kembali menyegarkan diri dan tempat untuk healing secara fizikal buat kami sekeluarga.
Suami mencadangkan untuk ke Tenang Beach Resort , iaitu tempat yang diusahakan oleh kenalan suami.
Alhamdulillah, tempatnya tenang setenang nama pilihan yang telah owner berikan.
Comel je kan size chalet yang ada kan?
Satu katil Size Queen dan juga 1 katil single. Ada 1 side table dan juga air cond. Disediakan juga kipas dinding , penyangkut tuala dan juga sejadah disediakan. Tandas pun okay, lupa nak ambil gambar sebab banyak di videokan untuk youtube channel, nanti dah ada link, saya update kat sini.
Tapi memang kami bawa toto 1 bidang. kalau nak best, sewa 2 bilik chalet untuk keselesaan.
Untuk makluman pembaca, terdapat kedai makan berhampiran dengan chalet, so takde masalah untuk beli makanan. Boleh juga keluar ke Tok Bali untuk menikmati pelbagai pilihan kedai makan yang ada di sekitar Tok Bali.
Rupanya setiap khamis ada Pasar Malam di Tok Bali, pelbagai pilihan kedai dan ramai kunjungan yang memeriahkan dan merancakkan ekonomi di tempat tersebut.
Terasa lamanya tak berkunjung ke Tok Bali.
Jom cuci mata dengan pemandangan yang ada. Subhanallah.
pemandangan dari sliding door bilik chalet. ada buai |
Kuala. banyak siput dalam ni. |
Siput |
Panaroma |
Matahari Terbit yang memukau pandangan mata .
Suasana Sunrise |
Matahari dah mula muncul |
banyak ketam nipah kat sini, tak dapat nak ambil gambar, demo tu pemalu, laju sangat bergerak. |
Ada beberapa wakaf disediakan dan juga tempat BBQ untuk yang datang berkelah. ada bayaran yang dikenakan. |
Suami mengail di sebelah chalet. Dapatlah ikan sekor |
Kutip sebab kononnya nak buat aktiviti dengan Amierah. |
Kami memang ambil peluang mandi pantai dengan sepenuh hati, jiwa dan raga. tanpa ada rasa segan dan silu sebab pagi jumaat tu memang pantai itu jadi kami yang punya. takde pengunjung lain.
Feeling-feeling private beach. hahah. bila lagikan nak mimpi di siang hari?
Owner bagitau, biasanya petang Jumaat baru ramai pengunjung. So tepatlah waktu kami datang Check In petang Khamis-Jumaat tengahari Check out.
0 comments